Pages

Waktu menunjukkan pukul.....











Thursday, November 13, 2014

BLACKHEAD REMOVAL SERUM










BLACKHEAD/WHITE HEAD REMOVER SERUM

KELEBIHAN PRODUK :
✔ terbaik untuk melindungi kulit daripada kotoran,
✔ mencegah terhasilnya BLACKHEAD DAN WHITE HEAD.
✔ bertindak menutup kembali pori – pori yang terbuka akibat bekas BLACKHEAD DAN WHITEHEAD
✔ membekalkan kepada kulit nutrient-nutrient yang diperlukan untuk PORI – PORI WAJAH MENGECIL
✔baik untuk menghilangkan dan mencegah terjadinya blackhead, whitehead dan kerosakkan kulit.


ADAKAH BLACKHEAD DAN WHITEHEAD SAMA??

sudah tentu tidak . blackhead terbentuk apabila sebum ( minyak ) pada muka terdedah pada udara . dengan menggunakan bhasa lagi senang liang roma / pori tersumbat dan sebum yang menghitam disebabkan teroksida .

blackhead dan whitehead sama kah tidak ?

jawapannya sudah tentu tidak . blackhead terbentuk apabila sebum ( minyak ) pada muka terdedah pada udara . dengan menggunakan bhasa lagi senang liang roma / pori tersumbat dan sebum yang menghitam disebabkan teroksida .

blackhead dan whitehead sama ATAU tidak ?

►jawapannya sudah tentu tidak . blackhead terbentuk apabila sebum ( minyak ) pada muka terdedah pada udara . dengan menggunakan bhasa lagi senang liang roma / pori tersumbat dan sebum yang menghitam disebabkan teroksida .

►manakala whitehead pula berlaku pada bawah wajah kita ni disebabkan sisa2 mekap ataupun kekotoran yang ada pada wajah kita ni tersumbat dan ia tidak terdedah pada udara kerana liang roma kita kecil .

►okay , dah tahu kan kenapa whitehead dan blackhead berlaku . sekarang saya nak share satu tips cara hendak menghilangkan whitehead dan blackhead . cara ia sgt berkesan . dan sgt mudah untuk dilakukan dan yang paling penting ia jimat !

CARA MENGGUNAKAN :
1 CUCI MUKA
2 TONER
3 LEPAS TU AMBIL COTTON FACE
4. BASAHKAN COTON FACE DENGAN SERUM BLACKHEAD
5. TEMPEK KAT KAWASAN HIDUNG DAN BAWAH DAGU
6. BIARKAN KERING
7. CABUT COTON FACE TU
8. BUANG DAN KOREK2 BLACKHEAD DAN WHITE HEAD TU DENGAN ACNE NEEDLE(BESI MCM USE KT SPA)

WSAP / PM SY 011-28689629

GLUTA FROSTA

Popular di kalangan artis2 di Thailand. Rumusan khas bagi yg ingin kulit y g cantik, bersih, cerah WALAUPUN tanpa MEKAP .


DIFORMULASIKAN dari 14 bahan utama terdiri dari bahan/nutrien yang berkualiti dari Europe, Japan dan USA. Rasai kehebatan GLUTA FROSTA dengan hasil yang menakjubkan..


FUNGSI / KEBAIKAN / KELEBIHAN :


- Mengandungi L-Glutathione supplement utk memutihkan dan melicinkan kulit.
- Anti Aging / Wrinkle
- Anti jerawat / jeragat / pigmentasi
- Merawat dan menghilangkan parut jerawat
- Mensekatakan tona warna kulit
- Kulit lebih lembut dan anjal
- Supplement yang selamat di makan
- Kulit cantik luar dan dalam tanpa suntikan dan pembedahan


Cara pengambilan yang disyorkan :


1 kapsul - 2 kali sehari selepas makan


  • BAGAIMANAPUN KEBERKESANAN BAGI SESETENGAH INDIVIDU ITU BERBEZA DAN MUNGKIN MENGAMBIL MASA. 
  • OLEH ITU PENGAMBILAN SECARA BERTERUSAN DIGALAKKAN SEHINGGA MENDAPAT KULIT YANG CANTIK.
BERMINAT? WSAP / PM 011-28689629



BEG FESYEN



BEG MURAH2...

JOM WSAP / PM 011-28689629

SELAGI STOK MASIH ADA !!!

MULBERRY SLING



MULBERRY SLING
MK SLING
GRADE AAA

PM / WSAP 011-28689629

BEG COACH







HAI HAI HAI.....

Cantik kan beg ni....

BEG COACH
GRED AAA
WSAP / PM 011-28689629

JOM SHOPPING

Hai semua.. Welcome to my blog hokeh~

Sy ade la buat bisnes kecil-kecilan.
Sy ada jual sikit baju2 muslimah, beg, perfume dan juga penjagaan kecantikan..
Sy akan update dari masa ke semasa..

Kalau ada yang berkenan silalah wasap sy di 011-28689629 utk sebarang pertanyaan.

In shaa Allah sy akan bagi harga mampu milik.. Sila cuci mata ye.. hehe~

NENHONG ~ PEMERAH BIBIR DAN NIPPLE

Selalu sangat mengeluh sbb bibir tak cantik mcm artis KOREA nun di sana???

Meh sy bg satu rahsia kecantikan bibir diorg...

Pernah dgr Produk NENHONG?

KELEBIHAN :

  • MENJADIKAN BIBIR DAN NIPPLE ANDA KEMERAHAN (PINKY)
  • MUDAH DIGUNAKAN TANPA PERLU RAWATAN YG SAKIT
  • SAPU SAHAJA DI KAWASAN YG ANDA RASA SESUAI
  • PENGGUNAAN YG KERAP AKAN BERIKAN KESAN DAN PERUBAHAN YG KETARA.
BELUM CUBA BELUM TAHU~

MARI MARI !!!! WSAP / PM SY UTK SEBARANG PERTANYAAN 011-28689629



AMMARA JUBAH

Taraaaaa~ AMMARA JUBAH

CANTIK SANGAAATTTTTT!!!
  • FREE SIZE FIT SAIZ S TO L
  • KAIN SATIN YG SANGAT SELESA
  • LACE ADA DI DADA DAN TANGAN
  • ADA ZIP DI TANGAN UTK MUDAH AMBIL WUDHU'
  • WARNA YG MENARIK SEPERTI TURQUOISE, MAROON, BLACK, EMERALD GREEN.
  • SANGAT CANTIK DAN MASIH BARU DI PASARAN!
SEBARANG PERTANYAAN SILA WSAP / PM SY 011-28689629












Lagu Pilihan Rin



Wahhh... Sekarang semakin menjadi2 peminat dunia muzik terutamanya dlm kalangan wanita yg minat lagu Chomel~Andai Hatiku Bersuara.


Aku pertama kali dgr pn terus meremang bulu roma sbb isi kandungan lirik tu penuh erti..

Macam kena kt diri sendiri la pulak~ (perasan je lebih kan).

Nak nyanyi tak sedap.. Jadi aku nyanyi jugak tp dlm hati la...


Aku sertakan sekali lirik lagu Chomel yg comel tu~



Andai Hatiku Bersuara - Chomel ~ Lirik~

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmahnya
Disetiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak Untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti Tidakku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti tidak ku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan di cintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima







Come Back

Lame yg tersangat la lame aku tak update blog ni.. Sampaikan password pn dh tak ingat.. Haha~ Teruk kan.. Tapi tak ape.. Aku on balik blog ni pn sbb HOUSEMATE kesayangan aku, SYATIKA tnye aku tntg blog.. So, dr situ la aku tergerak nak on balik..(walaupun tak de ape yg nak dicoretkan).

Ni la Syatika... Cantik kn?


Skrg aku dh bekerja.. Dh pikul tanggungjawab sbg anak yg wajib bantu mak ayah.. Dulu mase blajar mane la ade "perasaan" tanggungjawab tu kan.. Ayah pulak sakit.. So, kene la bantu mane yg mampu.. Kesian kt mak..

Banyak sgt perkara yg berlaku dlm mase beberapa tahun ni.. Terrrrlalu banyak.. Kadang2 bila termenung sensorang tu rase mcm nak ulang balik zaman remaja dolu dolu~

Best sangat rasenye.. Pegi sekolah tak ade pn fikir masalah.. Sentiase enjoy.. Sampailah zaman kolej.. Cuma stress bab Assignment tu je la... Adat la.. Dah name pn student kn.. Alhamdulillah... Dah konvo.. Dah keje...

Tapi.... Masih belum berumahtangga lg.. Jodoh dr Allah belum tiba.. In shaa Allah, bila dh tiba siapa kita utk menolak... Ye tak? hehe.. Siapakah gerangannya?? Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Aku ada berbual dgn Nana (member form 1 - 6) mase on the way balik kampung aritu.. Perbualan kitorg pn pasal kehidupan skrg.. Tiba2 Nana tnye aku berape orang lg mmber kitorg yang belum kahwin (perempuan).. Aku kira2 dlm kelas aku ade 24 org..

Budak pempuan dlm 6 org yg blm kawin termasuk aku...
Wahhhhhh.... !!!!!!!! Aku rase macam baru tersedar dr mimpi... Aku rase mcm soalan die tu btul2 buat aku bukak mata utk fikir soal kawin skrg ni...... Tapi.... Kita hanya mampu merancang kn...

Tak apa.. Aku rase aku kene perkukuhkan lg ilmu keagamaan dulu.. Belajar yg mana patut dan tambah yg mana kurang.. Bukan senang nak wujudkan keluarga bahagia di dunia dan akhirat ni.. Semua kena kuat.. Tapi, bukan la kata nak sempurna.. Cukup la setakat tahu asas dan mudah terima kekurangan mahupun kelebihan pasangan.. Kan Kan.....

Aku tetap aku... Tetap mencari sesuatu yg baru untuk perbaiki setiap kekurangan diri..

Janji Allah itu pasti.. Wallahu A'lam.




Tuesday, September 6, 2011

Khasiat Madu Asli


Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optimum. Sepertimana kandungan-kandungan yang dihasilkan oleh lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen serta propolis, terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenalpasti. Lebih menarik lagi bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan sendiri oleh kepintaran manusia atau dengan kecanggihan teknologi kimia yang ada kerana hanya Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu kejadian dimuka bumi ini.

Pernahkan anda terfikir bahawa di dalam madu terdapat banyak sekali vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita? Bukti yang sangat kuat ada dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud,

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan".

Bukan sahaja pengikut ajaran Islam yang mengamalkan dan percaya bahawa madu mampu menyembuhkan 1001 penyakit, bahkan semua pengikut agama yang ada di dunia ini tahu dan percaya akan khasiat yang terdapat di dalam madu.

Antara fungsi madu dan peranannya :-
1) Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan.
2) Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
3) Campurkan sedikit cuka untuk merawat arthirik sendi.
4) Sapu pada muka (masker) untuk merawat jerawat mahupun melembutkan kulit.
5) Sapukan pada luka sama ada kemalangan, lecur, terbakar atau apa sahaja kecederaan luaran.
6) Menjadi sumber tenaga dalaman yang sangat berkesan dan hebat tidak seperti gula pasir.
7) Boleh merawat ulcer dalam perut akibat sistem penghadaman yang tidak teratur.
8) Kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi.
9) Memulihkan sel-sel urat besar.
10) Meransang tenaga batin.
11) Membersih dan menambah darah.
12) Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
13) Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN
A. BAYI / KANAK-KANAK
1) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
2) Menyembuhkan dengan segera cirit birit.
3) Mengelak dari serangan cacing perosak dalam perut.
4) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

B. REMAJA
1) Membantu menghilangkan masalah jerawat (sapu sebagai masker serta amalkan minum).
2) Membantu menyempurnakan kesihatan yang berkekalan.

C. WANITA
1) Menambahkan kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
2) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
3) Melambatkan penuaan.
4) Membekalkan tenaga yang optimum kepada wanita khususnya suri rumah tangga akibat penat bekerja seharian di rumah selain menjaga anak-anak dan suami.

D. LELAKI
1) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
2) Menguatkan tenaga batin.
3) Bersemangat dan penuh yakin apabila melakukan kerja seharian.

E. PENGHIDAP DIABETES
1) Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula dengan madu untuk minuman dan makanan)
2) Mengeringkan dan memperbaiki tisu-tisu kulit akibat luka yang dialami.

F. UNTUK SEMUA
1) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
2) Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
3) Memulihkan penyakit berpanjangan.
4) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
5) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
6) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
7) Memulihkan batuk dan lelah (semput).
8) Menghindarkan badan dari letih dan lesu.
9) Mengurangkan kesakitan bila datang haid (senggugut).
10) Baik untuk wanita bersalin.
11) Membantu untuk menyembuhkan sakit mata dan menerangkan penglihatan dengan cara menitiskan sedikit madu ke dalam mata.

G. IBU MENGANDUNG
1) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa hendak melahirkan.
2) Mencegah kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

H. ANAK DALAM KANDUNGAN
1) Kandungan antibiotik dalam madu akan membunuh pelbagai kuman.
2) Zat galian membantu menguatkan janin.
3) Kulit akan bersih dan sihat kerana terdapat vitamin C.
4) Pertumbuhan fizikal dan mental.
5) Terhindar Hepatitis B.

I. BAYI BARU DILAHIRKAN
1) Membuang lendir yang terminum oleh bayi yang akan menyebabkan lelah.
2) Membersihkan perut bayi dari najis atau kekotoran di dalam perutnya.
3) Membesar dengan sempurna dan sihat.
4) Terhindar dari kembung perut.

J. IBU SELEPAS BERSALIN
1) Amalkan madu bersama set jamu untuk membina darah bagi menyembuhan luka dalam perut dan rahim.
2) Membantu proses penghadaman dan pelawasan pembuangan air.

* Amalkan makan dan menggunakan madu dengan membaca bismillah, selawat ke atas Rasul 3x serta yakin atas musibah yang menimpa diri pasti ada penawarnya kecuali mati.......

PERKONGSIAN PENGALAMAN

PERTAMA:

Pengalaman ini datangnya dari diri saya sendiri. Saya pernah mengalami masalah kulit yang sangat teruk iaitu di muka. Senang cakap jerawat. Tapi jerawat saya bukan macam orang lain. Sekali tumbuh, lama sangat nak baik. Bernanah je. Malu saya nak berjumpa dengan kawan-kawan dan juga guru-guru. Walaupun saya dulu seorang pengawas dan sering ke mana sahaja yang diarahkan guru untuk menghantar laporan serta menjalankan tugas. Sehinggalah saya ke tingkatan 6. Masa itu muka saya sangat teruk sehinggakan kalau saya tengok dalam gambar, muka saya yang putih ini menjadi hitam akibat jerawat tersebut. Saya pun tak tahu nak bagitahu macam mana. Tapi itulah hakikatnya apabila saya mengalami jerawat yang sangat teruk. Kadang kala kawan-kawan saya yang perasan ada darah di muka saya sedangkan saya tidak rasa apa-apa dan perasan apa-apa pun. Mungkin juga dah sebati dengan luka di muka akibat jerawat sebab itulah saya tidak berasa apa-apa. Dahsyatkan...

Sampailah satu ketika, mak saya mengesyorkan saya membuat masker dengan madu manuka yang dikeluarkan oleh syarikat Amway di mana madu tersebut banyak kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri. Saya juga dah putus asa dengan produk lain kerana mak saya dah banyak berhabis duit semata-mata untuk memulihkan masalah yang saya hadapi. Mak saya pengamal set madu daripada syarikat Amway di mana terdapat madu maduka, bee pollen dan royal jelly. Selepas mak saya makan ubat tersebut, mak saya menyarankan supaya saya menggunakan baki madu bersama royal jelly dan bee pollen yang mak saya campurkan sekali untuk saya sapukan ke muka. Mak saya juga memberikan saya botol madu manuka yang telah habis digunakan (masih ada baki madu lagi di dalamnya tetapi tidak banyak) untuk saya gunakan sebagai masker.

Bukan kerana tidak mampu, akan tetapi mak saya ingin melihat sejauh mana perubahan yang saya alami selepas menggunakan madu tersebut. Alhamdulillah, berkah kesungguhan dan kesabaran serta keyakinan saya, hasil yang diperoleh sangat memuaskan. Muka saya kembali bersih. Bersih sebersihnya. Kawan-kawan semua terkejut kerana tidak menyangka muka saya tidak seperti dulu. Saya juga turut menggunakan sabun madu untuk dijadikan sebagai pencuci muka. Amalkan makan sesudu pagi dan sesudu malam madu manuka pada awalnya dan mengamalkan sapu madu di muka sebelum tidur. Jangan bimbang kerana madu manuka adalah madu asli. Tidak akan ada semut yang hinggap di muka pada keesokan harinya.

Buat sesuatu hendaklah yakin dan tawaduk. Saya bersyukur sangat kerana saya tidak perlu berhabis ribuan ribu ringgit semata-mata mahu membuat rawatan muka. Saya akan pastikan saya mengamalkan pemakanan madu diusia sekarang sehinggalah saya menjangkau usia emas kelak. Saya memegang pada kata-kata bahawa firaun tidak reput-reput jasadnya kerana beliau turut mengamalkan madu asli semasa hayat beliau. Begitu juga dengan ratu lebah. Ratu lebah sahaja yang diberikan kuasa untuk memakan Royal Jelly yang ada di dalam sarang lebah. Lebah pekerja tidak dibenarkan sama sekali untuk memakan makanan tersebut. Begitulah ketahanan diri yang ada pada ratu lebah yang mampu bertahan untuk menghasilkan 2000 biji telur setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya akan pastikan diri saya juga mampu bertahan seperti itu serta penuh keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.

Seorang mentor saya ada memberitahu bahawa, jika kita sebagai orang Islam tidak mempercayai khasiat madu, maka di manakah akidah kita? Sedangkan Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa Madu adalah penawar segala macam penyakit. Maka terpulanglah pada diri kita masing-masing.


Sebelum

Selepas

KEDUA:

Kisah ini saya baru sahaja peroleh dari seorang kenalan yang mana beliau telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang mak cik. Beliau mengalami lelah atau semput yang sangat teruk sehinggakan hendak bercakap pun beliau memegang dada dan berkata, "tolonglah akak. Akak tak tahu nak makan ubat apa lagi". Anda percaya atau tidak, sekarang masalah mak cik tersebut hilang di sebabkan beliau mengamalkan set madu manuka. Perkembangan terbaru, mak cik tersebut beraya bersama anak dan cucu di Kuala Lumpur tanpa ada sebarang masalah.

KETIGA:

Kisah anak mentor saya yang terkena bucu dinding dan dahi anaknya terkoyak. Beliau menyapukan madu pada luka. Agak pedih sedikit akan tetapi kesan selepas itu memang mujarab. Darah berhenti dan perkara yang paling penting adalah, luka tersebut tidak perlu dijahit.

KEEMPAT:

Masalah jantung sering mengganggu pesakit yang mengalaminya. Duit banyak dihabiskan semata-mata untuk membuat rawatan susulan dan membeli ubat. Terbaru, ada pesakit jantung menggunakan set madu dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Beliau sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk membeli beberapa ubat lain dan juga beberapa botol lagi set madu sebagai simpanan. Beliau menyatakan bahawa, "apalah sangat dengan RM3000 ni jika nak dibandingkan dengan RM8000 yang saya habiskan untuk rawatan berjumpa pakar". Kesannya sekarang, beliau telah pergi ke tanah suci Mekah untuk menjalankan dan mengerjakan ibadah haji di sana. Tahniah kepada beliau!

*Sekiranya ada makluman atau pertanyaan, silalah hubungi saya di talian 013-2474773. Bersamalah kita bebaskan diri dari segala macam penyakit untuk kita bebas dalam beribadah.

Saturday, May 14, 2011

Islam Agama Suci

Kehidupan perlu diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang mendatang. Setiap insan di dunia ini di duga oleh Allah dengan pelbagai jenis dugaan mengikut kesanggupan dan kelayakan hamba itu menerimanya. Allah telah menyatakan bahawa "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak mengubahnya". Jelaslah bahawa kita tidak digalakkan menyerah 100% hanya pada takdir tanpa adanya usaha untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi. Cuba cari jalan yang jelas dan tidak menyalahi hukum dan syariah Islam.
Ada kalanya manusia diduga hanya dengan dugaan yang kecil sahaja akan tetapi penyelesaian yang dibuat adalah dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain iaitu berjumpa dan meminta penawar dari yang selain Allah. Di mana keimanan yang selama ini dilaungkan dan diagung-agungkan. Allah juga tidak rugi apa-apa jka hamba-Nya tidak beriman kepadanya. Hamba-Nya itu sahaja yang akan rugi serugi-ruginya kerana tidak beriman kepada Allah.

Allah merupakan Zat yang maha Agung. Allah tiada permulaan dan tiada pengakhirannya. Tiada yang menjadikan Allah. Penguasaan Allah tanpa batas di dunia ini. Apabila Allah berkehendakkan sesuatu maka terus terjadi. Allah adalah tuhan yang menciptakan setiap sesuatu yang wujud di dunia ini.

Allah adalah sempurna dan tiada mengambil ruang kerana ruang tersebut adalah ciptaan Allah. Sama ada Allah disembah atau tidak, Allah tidak akan berkurang mahupun bertambah. Jika Allah bertambah, bermakna Allah adalah kurang. Jelaslah Allah tidak sama dengan apa-apa pun di dunia ini. Allah sediakala terjadi. Tiada satu pun yang memulakannya. Manusia perlu memikirkan perkara ini kerana Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Persoalannya di sini mengapa banyak manusia yang ingkar dengan perintah Allah dan ada juga yang meninggalkan Islam kerana berasa agama lain lebih hebat daripada agama Islam. Allah telah menarik nikmat dari diri mereka. Betapa beruntungnya jika dilahirkan dari keluarga Islam kerana setiap perkara telah diajar dari kecil lagi. Berbeza pula dengan mereka yang lahir dari keluarga yang bukan Islam. Bagaimana mereka mencari satu kebenaran yang jelas dalam mendekatkan diri dengan sesuatu yang dirasakan pasti tanpa ragu-ragu. Saudara Baru Islam melalui pelbagai rintangan untuk berjumpa dengan agama yang syumul ini. Usaha mereka diredhai oleh Allah dengan pemberian hidayah dari Allah.

Sedih sangat bila membaca dada akhbar di mana ramai dalam kalangan anak muda sekarang yang mahu keluar dari Islam. Ada antaranya yang kukuh ilmu Islam di dada akan tetapi pada akhirnya kecundang kerana mahu masuk ke agama lain. Di mana silapnya. Mereka hidup di dunia ini hanya rugi semata-mata.

Ini adalah hasil cetakan saya dari seorang rakan blog lamanmotivasi.blogspot.com. Penulisan beliau sangat mendebarkan dan membuatkan saya turut dimotivasikan. Sama-sama kita baca artikel beliau yang bertajuk Cabaran Remaja Islam pada masa kini.



perancangan komunis
 
* Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
* Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
* Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
* Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
* Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
* Agama candu masyarakat
* China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
* Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh


Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)
 
* Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
* Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
* Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya. "
* Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
* Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
* Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
* Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
* Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
* Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
* Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
* Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
* Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
* Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."
 
Perancangan yahudi
 
* Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
* Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
* Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
* Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
* Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
* Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
* Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya …
* Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
* Serang budaya Islam dengan budaya Barat

AYUH!! SEDAR DIRI!!!...
 
Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah anda? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:
"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."
Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah anda tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.
 
Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.

Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.

Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.


Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:
 
* Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
* Bina kekuatan fikir dengan membaca
* Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
* Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
* Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
* Kembali cintakan ibadah
* Dampingi golongan alim
* Sentiasa mendirikan solat jama`ah
* Jernihkan aqidah dari perkara khurafat
 
Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM